Friday 8 February 2019

Pengalaman Bersalin di PPUM

PENGALAMAN BERSALIN DI PPUM

Tips agar pendaftaran bersalin berjalan lancar di PPUM.

Hari ni, Alia pergi medaftar untuk bersalin di PPUM. Last pregnancy memang beranak di PPUM, tapi dah 5 tahun jaraknya. So, bagus jugak lah nak buat nota kaki ni.

Kot kot la...nak beranak lagi :p
Or ada yang tengah survey nak bersalin di mana boleh la refer kepada post Alia.

Kenapa PPUM?
Alia dah survey banyak tempat. Kalau nak ikut government.. semua memang sama. Tapi, bila tengok keadaan hospital, parking area, keramaian pesakit, servis doktor dan nurse untuk obstetrik dan pediatrik, hanya beberapa hospital sahaja yang TOP. Antaranya ( bukan ikut ranking the best) :
1. PPUM
2. Hospital Selayang
3. Hospital Putrajaya

So, PPUM adalah paling dekat dengan Alia.

Kita mula dari start.

Dapatkan Appointment

Sepatutnya, Alia plan nak ambil appointment pada 20 Julai 2018. Namun memandangkan kondisi kandungan tidak berapa baik, iaitu PIH (Pregnancy Induced Hypertension) nama lain ialah Darah Tinggi Semasa Mengandung, doktor telah pun mencutikan Alia pada 2 Julai 2018 agar Alia boleh mendapatkan tarikh apointment lebih awal.

Ye, Alia jumpa pakar di hospital swasta sebab mudah untuk arrange masa kerja.

Tetapi, atas sebab kerja, Alia tidak dapat pergi ke PPUM untuk mendapatkan tarikh appointment.
Jadi, Alia mula dapatkan nasihat daripada rakan-rakan di PPUM dan mula buat arrangement lain.

1. Jika kandungan KURANG daripada 5 BULAN, boleh call untuk tarikh appointment di no 03- 79492711.
2. Jika kandungan LEBIH daripada 5 BULAN dan ada masalah, pesakit ATAU suami ATAU sesiapa boleh ke kaunter pendaftaran di Kompleks Wanita dan Kanak-Kanak untuk dapatkan tarikh appointment.

➔ Sila bawa surat rujukan/ buku merah/ sebarang dokumentasi yang berkaitan dengan kandungan ada untuk rujukan.

Kaunter pendaftaran buka pada jam 8 pagi hingga 12 tengah hari dan buka semula pada jam 2 petang hingga 4 petang.

So, Alia bagi semua dokumen berserta duit booking (standby) dekat husben supaya dia boleh dapatkan tarikh appointment keesokan harinya tanpa kehadiran Alia di PPUM.

Dah dapat tarikh appointment.
Apa perlu buat?

Husben balik dengan borang untuk DIBACA, DIFAHAMI dan DIISI sepenuh-penuhnya bagi mengelakkan diri dileteri pada tarikh appointment.

1. Baca borang dan segala risalah yang diberi.
2. Isi SALAH SATU MUKA SURAT BORANG. Satu Bahasa Melayu dan sebelah lagi adalah Bahasa Inggeris. PAKAI BALL PEN kerana borang itu adalah nipis. Isi penuh-penuh. Alamat rumah semua MESTI penuh! Sebab akan digunakan untuk pendaftaran anak kelak.
3. Fahami apa yang perlu dibayar. Dekat dalam borang dah diberi maklumat tentang apa yang perlu dibayar.
a. DEPOSIT BOOKING BERSALIN - RM 500 (akan dipulangkan sekiranya kos bersalin kurang dari RM500)
b. Pendaftaran - RM31 (RM1 urine test)
c. Ujian Darah/ Ujian Gula - RM50 - RM150.
d. Scan - RM20 (bayar pada tarikh scan). Tarikh scan juga akan diberikan.

Untuk ujian darah, jika ada buat Antenatal Screening/ apa-apa blood test di tempat lain dalam tempoh 3-5 bulan sebelum tarikh appointment, sila bawa. Supaya tak perlu buat lagi.

Antenatal Screening termasuklah ujian darah untuk VDRL, HIV, Hepatitis B, Haemoglobin dan Blood Grouping (ambil masa untuk hafal/ highlight keputusan blood test anda supaya, BOLEH DIBERITAHU KEPADA nurse/ doktor di kaunter)

So, in total RM 600-700 perlu standby untuk first day appointment.

Pada hari pertama appointment.
Puasa sekiranya perlu. Kalau kandumgan berusia 24-26 minggu dan belum minum air gula, puasa dari jam 12 tengah malam sebelum appointment agar anda boleh buat terus di hari appointment. TAK PERLU DATANG PADA TARIKH LAIN untuk test ini.

Bawa dokumen yang perlu. Seperti disenaraikan dalam borang.
a. IC pesakit.
b. Photostat/Salinan Asal IC suami dan sijil nikah/ kad kahwin.
c. Bil utiliti. Nak tengok alamat rumah.

Bawa air, makanan lapik perut jika perlu.

Datang awal, supaya boleh dapat parking di Kompleks Wanita dan Kanak-Kanak. Tak perlu gigih ikut suami parking kereta, sebab perlu ambil no. di kaunter lagi penting.

Kaunter pendaftaran tersorok. Jika sesat tanya je staff di situ daripada buang masa melilau.

Tekan BUTANG "A" (OBSTETRIK) di kaunter pendftaran.

Keluarkan siap-siap dokumen yang diperlukan berserta borang yang dah diisi. Salinan asal dokumen perlu juga.

Bila no giliran dipanggil, hulur je semua kepada staff, dia akan suruh pergi buat pembayaran deposit (RM500) dan datang balik kat dia untuk ambil no jumpa doktor.

Anda kemudian akan diberi arahan ke bilik 12 untuk ujian air kencing dan stesen jururawat di tengah lobi untuk cek tekanan darah.

Jalan straight ke bilik 12 (toilet). Bagi kad. Masuk toilet. Ambil cawan bersih yang disediakan. Tadah air kencing. Bawa keluar air kencing. PEGANG! Nurse akan celup strip kertas dalam air kencing. Bagitau nama anda dan pastikan kad yang betul. Siap! Buang air kencing dalam toilet. Flush. Bekas kencing boleh buang dalam tong sampah kuning. Basuh tangan dan ambil kad anda.

Ke stesen jururawat tengah-tengah lobi. Ready nak ambil tekanan darah.

Jika anda ada darah tinggi dan makan ubat, HAFAL/TULIS/AMBIL GAMBAR ubat-ubat serta dos dan cara pengambilan.
Tulis/ rekod juga bacaan tekanan darah anda.

Ini akan membantu dan memudahkan kerja jururawat. Siap. Tunggu giliran untuk ditemubual oleh jururawat.

Bila ditemubual.

INGAT TARIKH HARI PERTAMA DARIPADA PERIOD TERAKHIR.
INGAT BILA DUE DATE (boleh kira melalui google)
INGAT BERAPA MINGGU KANDUNGAN KETIKA APPOINTMENT.

Tunjuk buku merah/ blood test. Kalau dah highlight okay. Kalau tak..make sure ingat apa blood test yang dah buat termasuk minum air gula.

Sekiranya anda dah buat blood test diluar. Anda mungkin akan disuruh juga buat "antenatal screening test" (RM 40 ++). Borang akandiberi dan perlu ditunjuk kepada doktor sekiranya doktor pun ada blood test yang nak diberikan.

Jika anda belum minum air h=gula. Borang untuk buat test juga akan diberikan. Cuma tarikh perlu dipastikan dengan doktor.

Settle. Tunggu giliran dipanggil doktor. Jika anda first pregnancy, anda mungkin akan dibawa untuk pusing hospital (orientasi), ceramah breast feeding dan ceramah untuk bersalin di PPUM.

Dinasihatkan untuk ambil full day Annual Leave.

Jumpa doktor. Kalau ada blood test, pergi buat blood test. Dengar betul- betul tarikh yang doktor akan beri untuk temu janji seterusnya. Selesai jumpa doktor, terus ke kaunter pendaftaran untuk bayar blood test dan set next appointment date.

Sedikit pesanan untuk ibu yang pernah mengandung dan beranak. Hafal/ tulis dalam buku nota yang FIX tetang semua kandungan anda. Detail seperti:
a. Tarikh lahir.
b. Lahir pada minggu ke berapa.
c. Cara lahir.
d. Apa komplikasi dan lain-lain.

Jika ada blood test.
Anda dikehendaki buat bayaran untuk blood test dan kemudian ke bilik ujian darah. Sebelum bilik 12.

Tunjuk borang blood test. FIRST COME FIRST SERVE BASIS. Duduk depan barisan untuk pastikan tukang ambil darah nampak anda sedang menunggu giliran. Tiada nombor giliran akan diberi.

Jika tukang ambil darah nampak macam baru nak print label nama..berikan label nama yang anda ada, lagi cepat dan mudah kerja beliau.

Dah ambil darah. Pergi ke stesen jururawat kembali untuk memastikan anda dapat appointment date untuk ujian gula (jika perlu), scan dan jumpa doktor.

Jika ada ubat, boleh pergi ke Farmasi, di belakang ATM Machine, di tengah - tengah lobi untuk beri perskripsi. Bayaran perlu dibuat di tempat pembayaran setelah penyerahan perskripsi. Datang kembali ke Farmasi untuk mengambil ubat.

Kalau dah tak larat jalan, suami boleh ambil di drop off area di depan Kompleks Wanita :p

Harap bermanfaat detail ini dan lancar pendaftaran anda di PPUM.

#bersalindiPPUM
#PPUM
Wad di Kompleks Wanita dan Kanak-Kanak

Pintu Depan Kompleks Wanita dan Kanak-Kanak

Pengalaman Bersalin di PPUM

PENGALAMAN BERSALIN DI PPUM Tips agar pendaftaran bersalin berjalan lancar di PPUM. Hari ni, Alia pergi medaftar untuk bersalin di ...